Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

View previous topic View next topic Go down

Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  RazmanKL on Wed Jun 16, 2010 11:30 pm



16 JUN 2010: Selepas 2 kali menonton program Diariku Shahir... di Astro Ria saluran 104, Murai Batu naik seronok juga melihat keletah si juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir. Murai Batu tak sangkalah, rupa-rupanya si Shahir yang dikenali agak pemalu orangnya itu mempunyai mulut ala-ala mulut murai juga dan suka buat lawak. Kelakar orangnya.

Dari situ barulah Murai Batu nampak, sebab apa dan mengapa si Shahir ini disenangi dan disukai ramai mak cik-mak cik sehingga ada yang berebut-rebut nak menjadikan dia sebagai menantu. Kalau Murai Batu ada anak pompuan pun mesti Murai Batu nak cari lelaki macam Shahir. Ewah..terlebih sudah!

Bercakap lebih banyak lagi tentang Shahir, tiba-tiba Murai Batu dikejutkan dengan rungutan berita seorang gadis yang sangat glamor dalam bidang seni ni. Siapakah gerangannya tak payahlah Murai Batu ceritakan..Cukuplah Murai Batu katakan dia ni begitu cantik orangnya.

Menurut si cantik itu, Shahir ini dikatakan sudah mula tunjuk belang..Malah...belang tersebut boleh dikatakan mengalahkan artis yang tengah tip top lagi. Pokoknya...Dato' Siti Pun kalah tau.

Murai Batu dapat tahu, Shahir sekarang ini sudah mula kekwat dan susah betul nak dihubungi. Apabila wartawan atau sesiapa saja yang ada berkenaan dalam bidang seni nak telefon dia, mesti hanya masuk voice mail saja. Dah lah tu, bila tinggalkan pesanan tidak pula dijawabnya atau membalas panggilan tersebut.

Malah, Murai Batu dengar ada wartawan hampir kecewa dengan sikap Shahir yang susah betul nak buat sesi fotografi. Sudalah susah, bila datang sesi fotografi siap bagi syarat lagi. Selain itu, Murai Batu juga diberitahu Shahir siap berikan cadangan kepada satu majalah hiburan yang sangat popular untuk menyatukan sesi fotografi mereka dengan majalah lain. Padahal majalah hiburan tersebut ingin melakukan sesi fotografi istimewa dan eksklusif siap ada tajaan baju meletup dan make-up..

Bukan stakat itu saja, Murai Batu dengar ada juga suara dari pihak Shahir mengatakan kalau Siti dan Mawi boleh buat begitu kepada tidak Shahir? Wah...nak sama tarafkan nampak. Malah, pihak berkenaan juga ada memberikan syarat pada wartawan bahawa Shahir tidak boleh bergambar rapat dan mesra dengan artis wanita lain.Ish,ish, ish..pelik sungguh Murai Batu mendengarnya. Tak sangka ye Shahir dan pihak Shahir sanggup bersikap sebegini. Tapi betul ke?

Apapun, berdasarkan respon yang diterima media tentang sikap Shahir begini, ada sebuah majalah hiburan sudah pun membatalkan sesi fotografi tersebut dan hampir mahu memboikot Shahir. Dengarnya, selepas ini majalah hiburan berkenaan tidak mahu membuat apa-apa cerita pasal Shahir.

Hah! Kan dah susah...awak tu baru nak naik dek oi..tak ingat ke pesan Pak Nil masa konsert akhir..jangan lupa diri dek oi...jangan biarkan sorakan sokongan bertukar menjadi sorakan menyedihkan..boooo...

Apa kes pun, Murai Batu nasihat agar Shahir ambil berat atas apa yang berlaku ini. Mungkin kalau bukan Shahir yang buat, pihak yang berkenaan juga kena ambil tahu juga. Ingat, industri kita ni kecil ye. Pusing-pusing di situ saja.
avatar
RazmanKL

Posts : 13
Join date : 2010-06-03
Age : 43
Location : Taman Keramat, Kuala Lumpur

View user profile

Back to top Go down

X BENAR...

Post  uchiha_shapik on Thu Jun 17, 2010 1:15 am

JGN CAYE SGT. ITU SUME FITNAH. KAMI SNTIASE SUPPORT SHAHIR.....
avatar
uchiha_shapik

Posts : 15
Join date : 2010-06-03
Age : 23
Location : Clunk

View user profile http://shapikrohim.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  mun on Thu Jun 17, 2010 1:41 am

*


Last edited by muni on Wed Jan 07, 2015 2:32 am; edited 1 time in total

mun

Posts : 56
Join date : 2010-06-17
Location : Shah Alam

View user profile

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  suraya on Thu Jun 17, 2010 5:12 am

sy rse ade miscommunication kot...


or maybe dierang x tau schedule shahir...n maybe shahir ade sebab2 tertentu..x kn la shahir n pihak management nk tolak suka2 hati sbb kita tau kan media2 ni mmg penting tambah2 br nk cebur bidang ni...xpe la..nnt dh dpt penjelasan ok la tu... kita buat sesuatu tu for reason bkn sje2. n kt pn mmg tau shahir sgt sibuk esp br keluar af ni kan...

but, anyway if miscommunication pn, sy kurang bersetuju la if nk tlis psl pendirian shahir yg ade syarat bile nk bergambar which sy rse bende tu bende yg betul pn menjadi isu seolah2 shahir n management yg salah... as org biasa pn kt mmg kene jge perkara2 ni...jgn la just becoz shahir dh jd public figure die kene buat something yg agaisnt his belief n his stand all this while as org biasa. if thats the case, sy rse x patut la pihak tersebut nk ckp mcm tu... matlamat x boleh menghalalkn cara. n if shahir nk kate die ade hak utk berbuat mcm tu, i guess he has the right. bukan nak tunjuk belang mahupun kekwat. its two different thing all together. papepn, go shahir! inilah asam garam dunia hiburan. n if kt buat bende yg betul, i'Allah...hoi..hoi..hoi...
avatar
suraya

Posts : 25
Join date : 2010-06-03
Age : 28
Location : perak

View user profile

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  Arikah Kamaruddin on Thu Jun 17, 2010 8:05 am

agaknye mase tu shahir pakai baju belang2... tu yg dia nmpk shahir tunjuk belang tu... xpaham la dorg ni... kang layan lebih2 ckp sosial... x layan ckp sombong... mane satu nak ikot ek???
avatar
Arikah Kamaruddin

Posts : 27
Join date : 2010-06-03
Age : 29
Location : Kuala Lumpur

View user profile

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  mun on Fri Jun 18, 2010 1:07 am

*


Last edited by muni on Wed Jan 07, 2015 2:37 am; edited 1 time in total

mun

Posts : 56
Join date : 2010-06-17
Location : Shah Alam

View user profile

Back to top Go down

salam

Post  aza95 on Fri Jun 18, 2010 8:06 am

dorg memang ske je buat cerita...

aza95

Posts : 20
Join date : 2010-06-03
Age : 22
Location : Johor

View user profile

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  mun on Sun Jun 20, 2010 7:32 pm

saje nk menjatuhkan shahir...sian shahir...

mun

Posts : 56
Join date : 2010-06-17
Location : Shah Alam

View user profile

Back to top Go down

Re: Betulkah Shahir Sudah Mula Tunjuk Belang?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum