MESEJ KHAS DARI SHAHIR
5 posters
Page 1 of 1
MESEJ KHAS DARI SHAHIR
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua pengunjung laman web rasmi, blog dan forum rasmi saya mahupun semua peminat yang berkunjung ke Facebook.
Pertama sekali, saya minta maaf banyak-banyak kerana terlewat memberikan mesej khas ini buat peminat-peminat semua. Mungkin ada peminat yang beranggapan saya hanya meluangkan masa di Facebook sahaja, tetapi secara jujurnya pasti saya akan mencuri sedikit masa untuk menjenguk-jenguk di sini, juga laman blog dan forum rasmi kerana pada saya, tanpa peminat siapalah saya. Tentang chat, insyaAllah kalau saya punya masa saya akan selalu berada di Facebook, kerana pernah sekali saya chat di sini, saya jadi keliru kerana mesej-mesej yang dihantar atau direply anda semua terlalu cepat. Jadi bagi mengelakkan adanya peminat yang tersinggung, saya rasa lebih baik peminat tinggalkan mesej di Facebook ataupun ruangan mesej di sini.
Alhamdulillah sekarang kerjaya seni saya semakin bertambah baik, biarpun kebelakangan ini banyak benda yang terpaksa saya belajar dan harungi. Ditambah dengan gosip yang kadangkala melingkari hidup saya, tetapi itulah harga yang saya harus bayar dalam usaha saya untuk bergelar penghibur. Alhamdulillah, terima kasih kepada keluarga tercinta, ahli-ahli Shahir FC dan peminat yang tersayang semua kerana menaruh kepercayaan kepada saya.
"Anda semualah kekuatan saya!"
Updates terbaru pula, saya sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama raya di Melaka yang akan ditayangkan Aidilfitri kelak. Kemudian, Sabtu ini saya akan berada di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral untuk pencalonan Muzik Muzik untuk lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Datanglah beramai-ramai ya! Selepas berada di Muzik Muzik saya akan kembali ke Melaka untuk meneruskan penggambaran drama raya di samping menghadiri kelas lakonan untuk projek filem Karak, merakamkan album solo pertama saya dan seterusnya akan berada bersama 11 bintang Akademi Fantasia Musim Ke-8 untuk Konsert Reunion AF8 pada 25 Julai nanti di Stadium Putra Bukit Jalil.
Untuk Kebahagiaan Dalam Perpisahan (KDP), saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat semua kerana menjadikannya Juara Carta Era, No. 2 di HotFm dan khas untuk peminat di Brunei kerana dengar khabar KDP juga telah mejuarai carta lagu di sana. Terima kasih teramat sangat dan besar harapan saya anda menyokong dan mengundi lagu ini di carta-carta berkenaan dan akan datang di Muzik Muzik sekaligus membuktikan sokongan anda terhadap industri muzik tempatan.
Saya noktahkan coretan daripada saya di sini. Moga kita terus menyokong antara satu sama lain. Oh ya, sebelum terlupa jangan lupa juga untuk terus menonton Diariku Shahir di Astro RIA.
Che Ahmad Hoi Hoi Hoi!
Re: MESEJ KHAS DARI SHAHIR
wahhh.. murah nyer rezeki shahir.. mcm2 tawaran dpt... hope xjd mcm sesetengah pelajar af oke... just be yourself..!!
Re: MESEJ KHAS DARI SHAHIR
tuah ayam nampk di kaki...tuah manusia....sape tau.....
mun- Posts : 56
Join date : 2010-06-17
Location : Shah Alam
Re: MESEJ KHAS DARI SHAHIR
alhamdulillah... murah rezeki anak pak zawawi nie... semoga ALLAH memberkati rezeki anak ini... jgn lupa dikongsi bersama kluarga tau... kalau ade lebih, kongsi dgn peminat lak... rezeki yg dapat tu jgn m'bazir atau digunakan dgn cara yg salah...
jika ade kelapangan, reply la msg2 dr peminat yea termasuklah msg akak.....
jika ade kelapangan, reply la msg2 dr peminat yea termasuklah msg akak.....
Re: MESEJ KHAS DARI SHAHIR
alhamdulillah..bak kate maulana,dah rezeki dia..huhuhu..keep it up shahir,lakukan yg terbaik..u can do it and all the best k..fans always support u..=p
najwaridz- Posts : 57
Join date : 2010-06-04
Age : 34
Location : shah alam
Similar topics
» Apa istimewanya Shahir dimata anda semua?
» Korang nak bagi apa kat Shahir nanti sempena ulangtahunnya yg ke-22? :)
» Di mana mulanya cinta anda pada shahir.......
» SESSI PERKENALAN...
» Your experieance with Shahir
» Korang nak bagi apa kat Shahir nanti sempena ulangtahunnya yg ke-22? :)
» Di mana mulanya cinta anda pada shahir.......
» SESSI PERKENALAN...
» Your experieance with Shahir
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum